Photobucket

Sunday, April 24, 2011

Berniqab @ Menundukkan Pandangan?

Berniqab @ Menundukkan Pandangan?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.
Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.
Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.
Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung.
Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Diatas, adalah sedikit sebanyak menyentuh perihal bertudung dan berfesyen, dan disudut ini pula ingin saya bangkitkan satu lagi perihal beretudung wanita, seringkali saya terfikir, adakah berniqab itu dapat menjaga perihal maruah wanita???

Atau berniqab dapat menjaga diri wanita dari melakukan sesuatu perkara yg tidak menyenangkan??? Dan juga sekaligus dapat menangkis dari fitnah-fitnah???

Dalam hal ni, jauh sama sekali saya menjatuhkan martabah seorang wanita yang berniqab, malah saya ingin mengingatkan akan peri pentingnya seorang wanita menjaga hak-haknya sebagai seorang wanita… ya… dan sebetulnya cuba kita lihat di Negara arab, berapa ramai wanita menutup mukanya dengan berniqab, ada yang memakai tudung sehingga ke paras lutut, menutup kesemua anggota badan sehinggakan tidak menampakkan sedikit kulit pun, tidak lupa juga di Malaysia atau dimana sekali pun, ada sahaja yang menutup muka nya dengan berniqab…

Disini, saya ikhlas memberi komen, terutamanya pelajar2 yang berada diluar Negara, yang amat menunjukkan perihal yang kurang menyenangkan dengan perwatakan dan sebagainya, disini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :


1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.

2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.

3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.

4. berniqab kerana ingin berfesyen.

5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.

6. berniqab tapi pakaian menjolok mata.

7. berniqab dan menjaga hak-hak kewanitaan dan menjauhi dari fitnah ( ini yg kita cari ).
Bagi saya, dan kami… baiklah mana2 wanita yang mempunyai perwatakan 1-6 itu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana anda golongan ketujuh terasa dan turut mendapat fitnah-fitnah yang tidak harus melekat kepadanya, setidaknya anda berubah dan berubah demi menjaga hak masing-masing… di akhir ini, saya ingin menceritakan kenapa tajuk ini dipilih Berniqab @ Menundukkan Pandangan? Ini kerana rasa hairan dan terfikirnya saya sebagai seorang mukmin, yang peka akan persekitaran, sekali saya melangkah ke university setibanya disana, saya terserempak dengan beberapa orang akhawat yg berniqab dan ada juga yang tidak berniqab, malah bagi saya, saya lebih respect akan yg tidak berniqab, kerana dapat menundukkan pandangannya dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengannya, malah yg amat menghairankan saya, ada dikalangan yang berniqab ini, matanya hanya Allah sahaja yang tahu melilau entah kemana…. ( cerita ini hanya utk peringatan kepada golongan 1-6 tersebut ) semoga Allah merahmati kita semua… Ameen…

( Maaf kepada yang tersinggung, dan bukan ingin menjatuhkan mana-mana pihak ).

http://teratak.wordpress.com/2009/07/14/berniqab-menundukkan-pandangan/

Sunday, November 21, 2010

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam

AHD, 10 OKT 2010 18:15 | AKRIMIMATHWA | EDITOR: ARISHA27


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

www.iluvislam.com

Monday, October 25, 2010

THE ELDERLY HAVE NOT ABANDONED IT......

Buat renungan-renungan



YA ALLAH YA TUHAN KU...
ENGKAU BUKAKAN LAH PINTU HATI MEREKA2 YANG MASIH BELUM TERBUKA HATI

ENGKAU BERIKANLAH HIDAYAH KEPADA HATI-HATI YANG MATI





The elderly have not abandoned it













( ?????? ) ?? Women have not abandoned it











( ??????? ) ?? Children have not abandoned it













On the roads, they have not abandoned it













In corrupt countries, they have not abandoned it











In the forests and jungles, they have not abandoned it











In the midst of ruins and destruction, they have not abandoned it













Under the bombings, they have not abandoned it











Under the r ain , they have not abandoned it













On the stairs, they have not abandoned it











On top of car roofs, they have not abandoned it











In tr ain stations, they have not abandoned it











In planes, they have not abandoned it











??? ( ???????? ) ?? On the beaches, they have not abandoned it





















Before they are captured, they have not abandoned it











?( ??? ????? ) ?? And after they are captured, they have not abandoned it



<









The disabled have not abandoned it















So why would you? o





????? ..!!

WHY?? o









Didn't you know that this is the most

loved deed by Allah, and the greatest ibadah? o







If you do not observe prayer as you are ordered to





Then there will come a day when you will be prayed upon









You will then be unable to make up what you've missed







You shall then enter alone.. o



No companions except your deeds

And what you have presented forward









Pray before you are prayed upon










Below is a picture of a pilgrim

who died in Madina in the position of sujood (prostration) o







And another one (beneath it) of a pilgrim who died in Makka while raising his hands with prayer (du'aa) o













Do not miss a prayer

Do not die a loser's death







Allah swt says in the Quran that prayer is prescribed upon the believers according to a precise timely record





Oh Allah, make us among those you described in your Book

Those who have khushoo' in their prayers

Those who are continually observing their prayers and are heedful of them






PLS FORWARD IT TO THE WHOLE MUSLIM UMMAH.
JAZAKUMULLAH.

Saturday, April 24, 2010

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK MATI............





seminggu..........
dua minggu..........

ya Allah dah banyak dah masa berlalu pergi...
sepanjang masa itu
aku xlekang daripada ingat satu perkataan ni
MATI...........MATI..........

aku xtahu
aku xtahu
aku xtahu
kenapa....
kenapa....
adakah ini penanda untuk aku pergi dari dunia ini xlama lagi...

kerap juga aku ucap pada mak...
"mak kenapa dngan along ni??
dah nak mati ke??"

"ingat mati kan bagus....memang semua orang akan mati...kan..."
mak legakan along
ya Allah....

ada satu ketika...
aku pernah berkata.....
"along nak g melaka
xnak balik2 dah..."

mak marah
"along jangan cakap macam tu.....
along kena balik.."

"eh,xlah..... maksud along nak g melaka lama... kan 6 hari...."- hati along berbisik bimbang......

ya Allah
mungkin ini
bayangan syaitan
bayangan syaitan yg mengharapkan agar along xpergi kesana...
xpergi pergi ke melaka...
meneruskan perjuangan
meneruskan jihad
meneruskan satu misi sebagai syuhada......

inikan yg along cari????

syahid di jalan Allah....

ALLAHUAKBAR.....
ALLAHUAKBAR.....

Along nak tinggalkan mak...abah...
along ada tanggungjawab besar pada mereka....

ya Allah.....

ya Allah, aku xtahu....
kenapa ya Allah.....

lagi seminggu aku akan berangkat ke melaka....
jauh jugak tu...
meredah samudera yg pelbagai bersama sahabat tercinta

dalam 9 jam perjalanan....
fuhhhh.....
jauh.....

itu lah jihad aku....
untuk ke sana....

tapi aku takut....
takut untuk mati.....

ya Allah....
betulkah dah sampai masa untuk aku pergi sebelum aku sempat melaksanakan tanggungjawab aku sebagai hambaMu
dngan sempurna....
tanggungjawab sebagai anak......!!!!!!!!!!!!!

ya Allah panjangkan umur aku... yaAllah......

terlalu banyak janji2 yang telah aku tabur
pada mak...
pada abah....
pada adik2.....

ya Allah.....
ya Allah......

subhanallah.....

(hati ku menangis sekuat2nya......memohon pada ilahi......)



Saturday, April 10, 2010

ANA kini

dah malam..............

Ya Allah cepatnye masa berlalu
bagaikan kilat yg berkelip satu saat
pejam celik2.... tup2 dah malam

hr ni
ana buat ape ye?????????????

ibtisam tersedar....

Ya Allah...
Aku xbuat pape pun hr ni....
hanya membazirkan nikmat yg Engkau anugerahkan pada aku shj.....
(ibtisam mengeluh sebagai tanda dia menyesal pd hr tu)

Dia check lg dirinya.....
1. xsolat berjemaah
2. bca quran 2 helai je
3. bnyk membazir masa
4. lupe berzikir di waktu lapang
5. sia2kan masa dngn bende lagho
6. xjaga pandangan mata dngan mslimin
7. layan nafsu hati
8. xjga tingkah laku depan ajnabi
9. ada ciri2 munafik
10. ......................
11. .......................

Ya Allah..................
banyaknye dosa ku hari ni....
xterkira2

bila fikir balik
keadaannya makin parah
blh kata
blh masuk ICU.....

terbaruni
ibtisam
selalu melewatkan solah subuh


boleh kata subuh GAJAH la...... kalah gajah
qiam pun dah hilang dlm rutin harian ibtisam as MUSLIMAH

apa tah lagi dhuha....
hilang
hilang
hilang
hilang
entah kemana

jika dulu
bibirnya
xlekang dngan zikir
xlekang dngan solat jemaah
xlekang dngan dhuha
xdilupakan pd qiam

mati dijdikan guru.......

semua
hilang
hilang
hilang
entah ke mana

Ya Allah......
dimana ibtisam dulu
dimana dia dulu

kenapa sekarang aku begini

makin dekat dengan kematian makin aku lupa asal usulku
sebagai hambaNya.......yg hina lg kerdil...

kau lupa
kau lupa

jiwamu gersang
lebih gersang dari sgalanya....

kembalilah kamu
duhai ibtisam

bangkit
berjuang
berjuang
BERJUANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lagi dan lagi...............

takbir........................!!!!!!!!!!!!!!!!!

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

...............................................................

Thursday, January 7, 2010

AZIMAT BUAT LELAKI............

Azimat Buat Lelaki
posted on the January 8th, 2010 under Tips by johnjimat

Wahai insan bernama lelaki,
renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.16.KETIKA ADA PIL.Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Posted by someone unknomn…
I’m just one of person that wanna share this statement….

Tuesday, December 29, 2009

LIFE WILL END..........



LIFE WILL END.....

pasti ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk ini yang menjadi pilihan ana kali ini.

fikir-fikirkan lah sahabat-sahabat sekalian...

setiap yang hidup di dunia ni pasti akan menemukan kematian...

kalau orang tanya,

"kamu dah kahwin ke belum"

pantas kamu menjawab,

"belum"

ini kerana, kamu masih belajar dan masih lagi tak mampu untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar melebihi tugas sebagai pelajar....

sebenarnya,

secara realitinya,

KAMU SEBENARNYA SUDAH BERTUNANG!!!
DAN BAKAL BERKAHWIN PADA BILA2 MASA....

pasti kamu tertanya kenapa??? bagaimana??? tak masuk akal lah!!!!


ya.....

kamu sudah bertunang......

KAMU BERTUNANG DENGAN "MAUT"........
DAN TARIKH PERKAHWINAN MU SEMAKI HARI SEMAKIN DEKAT...
tahukah kamu akan hal itu???????????????????????????

setiap yang hidup sudah pun di tentukan bila tarikh kematiannya....

yang pasti kamu pasti akan mati.....

oleh itu,

ingat lah bahawa tunang kamu adalah

MAUT...................
RENUNG-RENUNGKAN LAH DUHAI SAHABAT SEKALIAN...............